MATLAMAT KADET REMAJA SEKOLAH
KRS ditubuhkan dengan matlamat bagi melahirkan murid yang cemerlang, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
OBJEKTIF KADET REMAJA SEKOLAH
- Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan akhlak yang mulia, iaitu akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kenegaraan.
- Mmbina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan murid mengenai isu-isu semasa serta keupayaan untuk bertindak dengan sewajarnya.
- Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, serta kebolehan mengurus dan memimpin.
- Membina generasi bersemangat patriotik yang cinta kepada agama, bangsa, dan negara.
- Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.