
LOGO KADET REMAJA SEKOLAH DAN PENGERTIANNYA
1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
3. Dua tangkai padi yang bersilang melambangkan resmi padi, iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam tindakan.
4. Buku yang terbuka dan rehal pula melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu bagi semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia, selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia.
5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan kesediaan untuk berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
7. Warna kuning melambangkan institusi raja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
8. Warna putih pula melambangkan keikhlasan serta kesucian.