IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH
Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah Malaysia berjanji dan bersetia akan menyemaikan semangat patriotik, tetap berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, beriman, dan beramal. Kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar, mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa, dan negara, serta mendukung Rukun Agama dan Rukun Negara sepanjang kami menjadi anggota kadet.
KEANGGOTAAN KADET REMAJA SEKOLAH
Keanggotaan Kadet Remaja Sekolah (KRS) terbuka kepada semua murid sekolah menengah sahaja, baik sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan.
Keahlian KRS juga terbuka kepada anggota bersekutu KRS, iaitu semua murid yang menuntut di institusi pendidikan yang lain daripada kedua-dua jenis sekolah di atas.
Keanggotaan KRS lucut serta-merta apabila murid yang berkenaan berhenti atau diberhentikan daripada sekolah atau institusi seperti yang dinyatakan.
Anggota KRS yang bertukar sekolah masih diterima sebagai anggota KRS di sekolah baru.